Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instagram Mungkin Hadir Dengan Ciri Panggilan Video?

Instagram dilihat sedang menguji beberapa ciri baru pada versi pembangunan aplikasi mereka, dan terkini, ditemui oleh WABetaInfo, Instagram dilihat ingin mengintegrasikan sokongan membuat panggilan video kepada pengguna yang lain.

Instagram Live

Buat Masa Ini, Instagram sedia menawarkan kebolehan untuk membuat penstriman langsung dan menjemput untuk pengguna lain menyertainya. Ciri panggilan video yang ditemui ini adalah sedikit berbeza dengan apa yang ditawarkan Buat Masa Ini.

Daripada penemuan kod baharu berkenaan, ia dilihat mengintegrasikan sebuah ikon video pada Instagram Direct – dimana apabila anda membuka sesuatu tetingkap sembang, anda akan diperlihatkan dengan ikon video dimana anda boleh mengaktifkan panggilan video melaluinya.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat pembangunan – dan masih tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan kepada umum ataupun sebaliknya. Pihak Instagram tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instagram Mungkin Hadir Dengan Ciri Panggilan Video?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×