Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honor V10 Berwarna Merah Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Februari

Honor V10 atau Honor View 10 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan ini, dan kini pihak Honor Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan menambah penawaran Pilihan Warna Merah di Malaysia bermula pertengahan Februari 2018 ini.

Honor V10

Honor V10 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel pada nisbah 18:9, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Peranti ini menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 20MP, selain kamera hadapan 13-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Di Malaysia, Honor V10 ditawarkan pada harga RM2099. Buat masa ini, tarikh jualan rasmi untuk pilihan warna merah ini tidak diumumkan, tetapi dikatakan pada pertengahan Februari 2018 ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Honor V10 Berwarna Merah Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Februari

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×