Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lokasi Pangkalan Tentera Rahsia Amerika Syarikat Dibongkar Oleh Aplikasi Kesihatan Strava

Strava merupakan sebuah aplikasi kesihatan dimana orang ramai boleh memuat-naik dan berkongsi maklumat senaman mereka dengan sesiapa sahaja. Ini merupakan sesuatu yang sangat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki senaman mereka untuk menjadi lebih sihat.

Aplikasi Strava ini digunakan oleh pelbagai pihak, termasuklah askar Amerika Syarikat yang ditempatkan di markas-markas rahsia di selurruh dunia. Baru-baru ini, Strava dilihat mengeluarkan sebuah peta data dimana tiga trillion mata GPS para pengguna mereka diperlihatkan pada bulan November 2017.

Masalah disini ialah apabila pihak Tentera Amerika Syarikat melihat peta data ini, dan mendapat tahu bahawa terdapat askar-askar mereka yang menggunakan aplikasi Strava ini, dan memuat naik peta larian mereka ke pelayan awanan untuk dikongsi bersama orang ramai.

Peta data tersebut bukan sahaja memperlihatkan peta larian askar-askar tersebut, tetapi juga memberikan gambaran umum beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat yang sepatutnya dirahsiakan.

Untuk Amerika Syarikat, ini adalah sesuatu yang cukup merbahaya kerana lokasi-lokasi rahsia ini berada di kawasan-kawasan dimana konflik-konflik yang cukup serius dan merbahaya sedang berlaku, dan keselamatan askar-askar tersebut boleh terjejas kerana lokasi-lokasi tersebut terbongkar.

Buat masa ini, pihak syarikat Strava masih belum menyatakan apa-apa mengenai menurunkan segelintir data-data yang dimuat-naik ini untuk keselamatan askar-askar tersebut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lokasi Pangkalan Tentera Rahsia Amerika Syarikat Dibongkar Oleh Aplikasi Kesihatan Strava

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×