Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Mempatenkan Sistem Nyah-Kunci Peranti Menggunakan Imbasan Salur Darah

Terdapat pelbagai cara peranti boleh dinyah-kunci pada waktu sekarang. Paling popular sekarang ialah Imbasan wajah tetapi sebelum ini imbasan cap jari digunakan dengan lebih meluas. Samsung menyertakan imbasan anak mata pada peranti utama mereka. Tetapi di masa hadapan mereka mungkin memperkenalkan sistem imbasan saluran darah pula.

Sebuah paten sistem Imbasan Salur Darah telah difailkan pada tahun 2016. Pengimbas nadi pada bahagian belakang peranti seperti S8 atau pada tubuh Gear Fit boleh digunakan untuk sistem ini. Menurut paten, setiap individu mempunyai laluan salur darah yang unik. Oleh itu ia boleh digunakan untuk pengenalan identiti pengguna seperti cap jari. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermaksud ia bakal diperkenalkan pada peranti sebenar dalam masa terdekat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Mempatenkan Sistem Nyah-Kunci Peranti Menggunakan Imbasan Salur Darah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×