Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Windows 10 Akan Mula Memperlihatkan Data Yang Dihantar Kembali Ke Microsoft

Microsoft melalui Windows 10 sedia menyatakan yang mana mereka mengumpulkan sejumlah data dalam bentuk awanama untuk tujuan penambah-baikkan dan pembangunan masa depan sistem operasi berkenaan. Namun, ia masih menimbulkan ketidak-selesaan dikalangan pengguna kerana tidak mengetahui sepenuhnya apakah data yang dihantar kembali kepada pihak Microsoft.

Kini, dalam mengatasi kerisauan pengguna, Microsoft kini mengumumkan yang mana kelak mereka akan menambah ciri dinamakan Windows Diagnostic Data Viewer pada Windows 10. Melalui Ciri Baru Ini, ia akan membolehkan anda melihat data apa yang dihantar ke pelayan Microsoft oleh sistem operasi anda.

Seperti biasa, Microsoft mengatakan mereka mengumpulkan beberapa data untuk tujuan penambah-baikkan, termasuk dari segi tetapan peranti, konfigurasi peranti, prestasi, penggunaan dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Windows Insider, anda boleh mencuba ciri Baru Ini bermula minggu ini, sebelum ia diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna Windows 10.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Windows 10 Akan Mula Memperlihatkan Data Yang Dihantar Kembali Ke Microsoft

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×