Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aqua Pod – Kendera Saji Terapung Akan Beroperasi Di Dubai Bulan Hadapan

Perniagaan menggunakan Kendera Saji mulai popular di Malaysia tahun lalu. Ia menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga berpatutan tanpa menghasilkan kekotoran seperti gerai tepi jalan yang wujud di Malaysia selama ini. Kepopularannya turut meningkat kerana dikatakan dapat mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada peniaga.

Di Dubai kendera saji yang lebih unik akan beroperasi bulan hadapan. Aqua Pod ialah kendera saji terapung akan menjual makanan kepada pelancong yang menggunakan kapal layar dan jet ski di kawasan pantai popular.

Pelanggan boleh memesan makanan dengan menaikkan bendera atau pergi terus ke Aqua Pod secara layar lalu. Setiap Aqua Pod turut akan dilengkapi Jet Ski untuk perkhidmatan penghantaran terus. Kendera saji terapung ini akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan turut mempunyai sistem mengumpul sampah sekiranya pelanggan membuang sampah terus ke atas laut.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aqua Pod – Kendera Saji Terapung Akan Beroperasi Di Dubai Bulan Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×