Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo A83 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM899

Oppo A83 telah mula ditawarkan sejak awal minggu ini, dimana ketika pengenalan ia telah ditawarkan pada harga rasmi RM999. Kini, selang beberapa hari, Oppo Malaysia dilihat melakukan perubahan, dan kini menawarkan ia pada potongan RM100, iaitu RM899.

Oppo A83 merupakan Telefon Pintar berspesifikasi pertengahan daripada Oppo, hadir dengan skrin 5.7-inci pada nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip MediaTek P23, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Telefon pintar ini hadir dengan fokus terhadap selfie, selain menyertakan ciri nyah-kunci menggunakan kamera hadapan.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak penawaran Oppo A83 ini, dan mendapatkan ia pada harga RM899.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo A83 Kini Boleh Didapati Pada Harga RM899

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×