Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengarah Ocean’s Eleven Ingin Menghasilkan Filem Yang Dirakam Guna iPhone Sahaja Di Masa Hadapan

Steven Soderbergh ialah pengarah yang cukup disegani di Hollywood. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Oscar, Palme D’or dan Emmy. Antara Filem beliau yang paling popular ialah trilogi Ocean’s. Beliau baru sahaja selesai menghasilkan filem Unsane yang dirakam sepenuhnya menggunakan sebuah iPhone.

Di dalam temuramah bersama Indie Wire, beliau berkata tidak akan teragak-agak untuk menghasilkan filem hanya menggunakan iPhone di masa hadapan. Menurut beliau apabila dipaparkan pada skrin sebesar 40 kaki, kualiti rakaman 4K sebuah iPhone “adalah seperti baldu”. Sekiranya anda tidak diberitahu ia Dirakam Menggunakan Telefon, ramai tidak dapat membezakan kualiti rakaman.

Steven Soderbergh bukan pengarah pertama yang merakam filem menggunakan iPhone. Pada tahun 2015 filem Tangerine dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 5S. Olive yang dihasilkan pada 2011 pula ialah filem pertama dirakam menggunakan telefon iaitu sebuah Nokia N8.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pengarah Ocean’s Eleven Ingin Menghasilkan Filem Yang Dirakam Guna iPhone Sahaja Di Masa Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×