Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo R9S Ialah Peranti Dengan Jualan Tertinggi Di China Pada Tahun 2017

Pasaran Peranti di China ialah yang terbesar di dunia pada tahun 2017. Tidak mengejutkan tahun lalu melihat tiga daripada lima pengeluar peranti terbesar di dunia adalah syarikat dari China. Firma Counterpoint Research telah mengeluarkan senarai sepuluh peranti dengan jualan tertinggi di China sepanjang 2017 dan Oppo R9S gah di tangga teratas dengan penganan 3% pasaran.

Ini diikuti rapat oleh iPhone 7 Plus (2.8%), Vivo X9 (2.7%), Oppo A57 (2.6%) dan iPhone 7 (2.4%). Lapan daripada sepuluh peranti dengan jualan tertinggi di China adalah produk keluaran syarikat tempatan. Paling menarik ialah peranti-peranti di bawah payung BBK Electronics terjual dalam jumlah yang tinggi walaupun hanya dilengkapi pemproses kelas pertengahan dan permulaan. Strategi mereka nyata berjaya dan ini menjawab persoalan mengapa OnePlus dan Vivo tidak langsung mempunyai peranti dengan pemproses paling berkuasa di pasaran.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo R9S Ialah Peranti Dengan Jualan Tertinggi Di China Pada Tahun 2017

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×