Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Memulakan Ujian Tema Gelap Untuk YouTube Pada iOS

Google kini nampaknya telah menguji penggunaan rekaan Tema Gelap untuk pengguna aplikasi YouTube di iOS. Ujian ini hanya melibatkan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini, tetapi secara tidak langsung ia seperti memberikan petanda yang mana sokongan tema gelap pada aplikasi mudah-alih mereka akan hadir tidak lama lagi.

Melalui sokongan tema gelap, atau apa yang dipanggil “Dark Theme”, ia memberikan lebih keselesaan ketika menggunakannya pada persekitaran malap. Pada masa yang sama, terdapat sejumlah pengguna yang lebih mengemari penggunaan aplikasi dalam pilihan warna gelap berbanding cerah.

Buat masa ini, YouTube sedia menawarkan paparan tema gelap melalui web mereka, dan mungkin akan turut menguji sokongan lebih kurang sama pada aplikasi Android tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Memulakan Ujian Tema Gelap Untuk YouTube Pada iOS

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×