Instagram Sebelum Ini Telah menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi Intagram Stories terus kepada Facebook Stories – sekaligus memudahkan pengguna menerbitkan perkongsian 24 jam mereka dengan lebih mudah dibawah platform yang dimiliki Facebook.
Kini, selain terus ke Facebook, Instagram juga dilihat sedang menguji kaedah sama tetapi berkongsi terus ke WhatsApp. Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan ciri perkongsian seumpama Stories yang dinamakan sebagai WhatsApp Status.
Instagram mengujinya dikalangan angka pengguna yang sangat kecil buat masa ini. Pengguna diberikan pilihan untuk Menerbitkan Instagram Stories mereka terus ke WhatsApp melalui pilihan berbentuk butang sebelum anda menerbitkan Instagram Stories anda – sama seperti yang dilakukan untuk perkongsian terus ke Facebook Stories.
Langkah ini juga sekaligus akan membuatkan pengguna menerbitkan lebih kandungan ke platform WhatsApp – sekaligus meningkatkan masa penggunaan WhatsApp berbanding pada hari ini.
Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Facebook akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada semua pengguna seluruh dunia.