Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ASUS Hadir Dengan Perisian AIMesh Yang Membolehkan Anda Menggabung Beberapa Router Ke Satu Rangkaian

Router WiFi merupakan suatu perkakasan yang cukup penting untuk mana-mana rumah, pejabat ataupun kedai di alaf yang moden ini. Satu-satunya masalah yang hadir disini ialah jarak gelombang WiFi ini tidak selalunya hadir di semua sudut, terutamanya jika kawasan tersebut terlalu besar.

Syarikat pembuat perkakasan terkemuka Asus baru-baru ini hadir dengan sebuah perisian rangkaian beta yang dinamakan AIMesh yang membolehkan anda menggabungkan beberapa peranti Router Asus untuk memastikan semua kawasan yang perlu sambungan internet mendapatinya tanpa sebarang masalah.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun perisian beta AIMesh, kemaskini firmware router anda dengan perisian ini, dan anda akan boleh menggunakan menu AIMesh baru untuk menggabungkan router lain ke router utama anda, dan ini membolehkan anda membesarkan lagi lingkungan sambungan WiFi di rumah anda.

Buat masa ini, router-router yang hadir dengan sokongan AIMesh ini termasuklah  ASUS RT-AC68URT-AC86URT-AC88U, RT-AC1900, RT-AC1900P, RT-AC3100RT-AC5300, dan juga ROG Rapture GT-AC5300.

Menurut ASUS lagi, sokongan AIMesh untuk router ASUS Lyra dan pelbagai lagi router ASUS yang lain bakal hadir tidak lama lagi, untuk memudahkan pengguna router ASUS untuk menggunakan ciri terbaru ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ASUS Hadir Dengan Perisian AIMesh Yang Membolehkan Anda Menggabung Beberapa Router Ke Satu Rangkaian

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×