Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honor View 10 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2099

Honor View 10 atau V10 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada Honor dan ia akan dipasarkan bermula 12 Januari 2018 kelak. Hari ini, pihak Honor Malaysia turut berkongsi harga jualannya, mengatakan ia bakal ditawarkan di Malaysia pada harga RM2099.

Honor View 10 membawakan skrin bersaiz 5.99-inci, dilengkapi rekaan skrin nisbah 18:9, dan menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi seperti Mate 10, iaitu Kirin 970. Ia menawarkan memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 128GB, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 13-megapixel untuk selfie, dan dwi-kamera belakang 20-megapixel dan 16-megapixel.

Pra-tempahan untuk Honor View 10 ini akan dibuka bermula 8 Januari 2018 ini dimana 1000 tempahan pertama akan menerima hadiah bernilai RM699 – meliputi Honor Band A2 dan juga kad ganjaran Final Fantasy.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh dapatkan Honor View 10 ini pada harga RM2099 bermula 12 Januari 2018 ini di Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Honor View 10 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2099

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×