Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Matebook D Menerima Kemaskini Baru Untuk 2018 – CPU Intel Coffee Lake Dan Kad Grafik NVIDIA

Huawei Matebook D diperkenalkan oleh Huawei sebagai sebuah komputer riba nipis dan berkuasa yang direka untuk bertanding dengan Macbook dari Apple.

Terkini, nampaknya Huawei baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini spesifikasi Matebook D mereka dengan cip pemproses Dan Kad Grafik yang baru. Dari segi CPU, Matebook D baru akan hadir dengan cip pemproses Intel Core i5-8520U, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD 128GB ataupun 256GB bersama dengan storan cakera keras 1TB berdasarkan model yang ingin dibeli. Ia juga hadir dengan paparan 15.6 inci pada resolusi Full HD 1920×1080 pixel.

Dari segi grafik pula, Matebook D sebelum ini hadir dengan Kad Grafik Nvidia GeForce 940MX. Matebook D yang dikemaskini pula bakal hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce 150MX yang lebih berkuasa. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat disini ialah penggunaan bateri 43.3Wh yang menjanjikan penggunaan dalam lingkungan 10 jam dengan satu pengecasan penuh.

Laptop Huawei Matebook D dengan CPU dan GPU baru ini sudahpun mula dijual di pasaran China, tetapi syarikat tersebut masih belum lagi mengumumkan bilakah ia akan hadir di pasaran-pasaran lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Matebook D Menerima Kemaskini Baru Untuk 2018 – CPU Intel Coffee Lake Dan Kad Grafik NVIDIA

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×