Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiada Lagi Pendaftaran Baru Pelan Tanpa Had Daripada Webe Selepas 12 Januari 2018

Webe merupakan salah satu perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih yang dimiliki oleh Telekom Malaysia, dan baru-baru ini memperlihatkan penjenamaan semula perkhidmatan berkenaan kepada Unifi Mobile. Kini, selain daripada penjenamaan semula, TM juga dilihat mempunyai perubahan penawaran pada pelan Webe untuk pengguna.

Kini, melalui web rasmi Webe, mereka telah mula menyatakan yang mana tarikh akhir untuk pendaftaran pelan sedia ada adalah 12 Januari 2018 kelak. Webe menyatakan yang mana selepas 12 Januari 2018 kelak, pengguna tidak Lagi Boleh Mendaftar untuk WebeMobile dan juga WebeBroadband.

Ini bermakna, selepas tarikh 12 Januari 2018 kelak, pengguna tidak lagi boleh mendaftar untuk pelan data tanpa had, panggilan tanpa had dan SMS tanpa had yang ditawarkan buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi mengapakah langkah ini dilakukan.

Webe turut menyatakan yang mana pengguna sedia ada tidak terkesan dan boleh kekal menggunakan perkhidmatan seperti biasa walaupun selepas tarikh berkneaan.

Selain WebeMobile dengan fokus terhadap pelan tanpa had, pelan WebeBroadband dengan fokus terhadap perkongsian rangkaian 20GB untuk RM59 juga akan ditamatkan pada tarikh yang sama.

Dengan kedua-dua pelan ini ditamatkan, kita mungkin akan melihat sesuatu yang baru daripada Telekom Malaysia dan pihak Webe pada 13 Januari 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tiada Lagi Pendaftaran Baru Pelan Tanpa Had Daripada Webe Selepas 12 Januari 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×