Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pesawat Amfibia Terbesar Di Dunia Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama

Suatu ketika dahulu Pulau Pinang ialah antara destinasi persinggahan Pesawat Amfibia di dunia. Syarikat penerbangan Imperial Airway Ltd. menggunakan Gelugor sebagai perhentian laluan di antara London dan Sydney pada dekad 30an. “Kapal Terbang” dari jenis Short Empire yang digunakan mampu terbang dan mendarat dari permukaan laut. Pesawat dua alam ini tidak lagi digunakan secara meluas kerana tidak bergerak sepantas pesawat jet.

Di China pesawat amfibia AVIC AG600 dibangunkan untuk tujuan ketenteraan, misi menyelamat maritim dan memadam api. Penerbangan pertama AG600 berjaya dilakukan 24 Disember lalu. Ini sekaligus menjadikannya pesawat amfibia terbesar yang masih beroperasi dengan sayap selebar 28.8 meter dengan kemampuan membawa sehingga 50 orang penumpang. Empat enjin Turboprop membekalkan kuasa kepada pesawat yang mempunyai saiz yang sama seperti sebuah Boeing 737 ini.

AVIC AG600 adalah pesawat amfibia terbesar yang masih beroperasi. Rekod pesawat amfibia terbesar masih dipegang oleh Hughes H-4 Hercules Spruce Goose yang mempunyai sayap selebar hampir 96 meter. Ia hanya pernah melakukan satu penerbangan sebelum projek dibatalkan kerana tidak lagi diperlukan pihak tentera Amerika Syarikat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pesawat Amfibia Terbesar Di Dunia Berjaya Melakukan Penerbangan Pertama

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×