Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NASA Merancang Untuk Misi Antara-Najam Menjelang 2069 Kelak

Pada 1969 yang lepas, NASA telah membuat misi pertama yang membawa manusia menjejak kaki di atas bulan. Dan bersempena 100 tahun sejak daripadanya, NASA kini turut sedang merancang untuk sebuah misi baru yang ingin menjelajah antara-najam (interstellar) dan mengumpulkan pelbagai informasi baru berkaitan sistem solar kita dan yang bersebelahan kita, Alpha Centauri.

Menurut NewScientist, Projek ini masih pada peringkat sangat awal dan masih tiada nama untuknya lagi. Dan teknologi yang akan digunakan untuk penjelajahan antara bintang ini juga masih tidak dibangunkan lagi buat masa ini.

NASA dikatakan ingin membangunkan teknologi baru yang boleh menawarkan kelajuan mencapai satu persepuluh daripada kelajuan cahaya – sekaligus membawa Kapal Prob Berkenaan ke sistem solar Alpha Centauri. Ini mungkin mengambil masa sekitar lebih 40 tahun untuk membolehkan kapal prob berkenaan tiba di Alpha Centauri.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan projek antara-najam ini masih samar-samar. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa tahun-tahun akan datang.

Selain NASA, satu lagi badan yang turut melihat ke arena sama adalah Breakthrough Initiatives yang menyasarkan kelajuan untuk tiba ke Alpha Centauri sekali ganda lebih pantas berbanding apa yang disasarkan oleh NASA.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

NASA Merancang Untuk Misi Antara-Najam Menjelang 2069 Kelak

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×