Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mozilla Bereksperimen Dengan Firefox Lockbox – Pemalam Untuk Pengurusan Kata Laluan

Terdapat sejumlah perkhidmatan yang menawarkan ciri Pengurusan Kata Laluan – dan tidak ketinggalan juga yang hadir terbina bersama pelayar web. Terkini, Mozilla telah memulakan eksperimen dan ujian mereka untuk sebuah perkhidmatan baru yang dinamakan Lockbox – iaitu pengurus kata laluan dan informasi log masuk ke pelbagai perkhidmatan web melalui desktop.

Lockbox ini menggunakan sokongan penyulitan AES256-GCM, dan akan menggantikan pengurus akaun terbina pada Firefox apabila dipasang. Buat Masa Ini, ia masih pada peringkat alpha, dan pengguna yang berminat boleh mencubanya hari ini. Anda juga boleh menghubungkan ia dengan akaun Firefox sedia ada anda.

Buat masa ini, ciri yang ditawarkan sangat terhad, dan bagi pengguna umu,, ia dinasihatkan untuk menantikan sehingga versi beta atau akhir kelak untuk menggunakannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin menguji atau sekadar mencuba sahaja, mungkin boleh menyemak laman Lockbox hari ini.

Layari : Lockbox untuk Firefox



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mozilla Bereksperimen Dengan Firefox Lockbox – Pemalam Untuk Pengurusan Kata Laluan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×