Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Berhati-Hati! Aplikasi Palsu PDRM Untuk Android Dengan Perisian Hasad Tersebar

MyCERT, salah satu badan yang memantau sekuriti perkomputeran di Malaysia kini telah mengeluarkan amaran berkaian sebuah Aplikasi Pdrm Palsu yang tersebar, menyertakan perisian hasad (malware) bersama-sama dengannya.

Menurut MyCERT, fail APK untuk Aplikasi PDRM palsu ini dihantar kepada pengguna selepas seorang yang berlakon sebagai pihak berkuasa membuat panggilan kepada pengguna – dan mengatakan pengguna terlibat dalam salah-laku berkaitan kewangan. Mereka seterusnya akan dihantar dengan pautan atau SMS yang meminta memuat-turun aplikasi palsu PDRM ini.

Sebaik sahaja dipasang, aplikasi ini akan menggantikan aplikasi utama SMS anda, dan ia akan berjalan seperti aplikasi biasa yang lain. Ia seterusnya akan membaca SMS daripada pengguna – dan menurut MyCERT, mereka menyasarkan yang mana ia mungkin mampu membuat transaksi pemindahan wang daripada telefon anda, dan membaca nombor TAC untuk menyelesaikan transaksi berkenaan.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk tidak memasang sebarang aplikasi dalam bentuk APK pada telefon pintar. Anda dinasihatkan untuk hanya memasang aplikasi daripada Google Play Store sahaja – dan menyemak terlebih dahulu penerbitnya sebelum memasang pada telefon pintar anda.

Baca : Amaran MyCERT Untuk Aplikasi PDRM Palsu



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Berhati-Hati! Aplikasi Palsu PDRM Untuk Android Dengan Perisian Hasad Tersebar

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×