Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dron Boeing MQ-25 Stingray Diperlihatkan Untuk Misi Mengisi Minyak Jet Pejuang Ketika Di Udara

Tentera Laut Amerika Syarikat mempunyai beberapa sistem Dron yang sedang diuji untuk tujuan pemantauan musuh, mempertahankan kapal induk dan memburu kapal selam. Mereka telah mengumumkan program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) yang memerlukan dron yang mengisi minyak ke atas jet pejuang. Boeing MQ-25 Stingray baru sahaja diperlihatkan yang ingin memenangai kontrak program ini.

MQ-25 Stingray adalah dron kedua diumumkan untuk program UCAAS ini selepas General Atomics Sea Avenger. Dron yang dipilih akan mengambil alih tugas mengisi minyak jet tempur kapal pengangkut pesawat yang selama ini dilakukan oleh jet panduan manusia seperti Boeing F/A-18 Hornet. Kemampuan mengisi semula minyak ketika di udara adalah penting untuk keperluan misi kerana memanjangkan tempoh penerbangan sekaligus kemampuan melakukan misi.

Dron pengisi minyak ini adalah sebuah lagi fiksyen sains yang telah menjadi realiti. Di dalam filem Stealth, sebuah belon udara swaterbang digunakan untuk melakukan perkara yang sama seperti UCAAS.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Dron Boeing MQ-25 Stingray Diperlihatkan Untuk Misi Mengisi Minyak Jet Pejuang Ketika Di Udara

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×