Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pembayar Pinjaman PTPTN Kini Berpeluang Memenangi Sebuah iPhone X

Apple iPhone X ialah peranti yang paling didambakan di pasaran kerana ia mempunyai rekaan yang cantik, skrin nirbingkai dan sistem imbasan Face ID. Tetapi harga jualannya amat tidak mampu milik bermula dari RM 5149. Sekiranya anda antara peminjam PTPTN, anda Kini Berpeluang Memenangi iPhone X atau Huawei P10 dengan hanya melakukan pembayaran semula.

PTPTN kini melakukan kempen membayar semula pinjaman sepanjang bulan Disember sempena ulang tahunnya yang ke-20. Dengan setiap bayaran semula RM 1,000, peminjam akan mendapat satu undi untuk cabutan memenangi satu iPhone X atau salah satu dari 19 Huawei P10 yang ditawarkan. Lebih banyak bayaran semula dilakukan, lebih banyak undian akan diterima sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk menang.

Ini mungkin promosi Pembayaran Semula Ptptn paling kreatif pernah kami lihat. Menurut angka yang dikongsi awal tahun ini, terdapat 663,000 individu masih belum membayar sesenpun pinjaman mereka. Untuk maklumat lanjut sila ke pautan di bawah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pembayar Pinjaman PTPTN Kini Berpeluang Memenangi Sebuah iPhone X

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×