Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Snoozeliner – Perkhidmatan Bas Dengan Kabin Tidur Peribadi Akan Memulakan Operasi Di Manchester

Bas dengan Kabin Tidur bukanlah sesuatu yang baru. Ia amat popular di China bagi penjalanan yang mengambil masa lebih dari sehari. Ia juga baru sahaja diperkenalkan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkhidmatan bas dengan kabin tidur Snoozeliner akan diperkenalkan di Manchester England tahun hadapan. Ia mensasarkan golongan pekerja yang pulang ke rumah pada waktu malam.

Snoozeliner ialah buah fikiran firma Simba yang menghasilkan tilam. Dengan Snoozeliner, pekerja yang duduk di dalam lingkungan dua jam dari Manchester boleh tidur dalam perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Sebanyak 14 kabin disertakan di dalam bas setinggi dua tingkat ini. Setiap kabin mempunyai palam pengecasan USB dan WiFi percuma.

Simba juga akan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan yang tiba pada waktu yang sama pekerja tiba ke rumah. Seorang pramugari yang bekerja di dalam bas akan membangunkan penumpang apabila tiba ke destinasi. Snoozeliner merancang memulakan operasi pada tahun 2018 dengan lapan laluan menjelang penghujung tahun yang sama.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Snoozeliner – Perkhidmatan Bas Dengan Kabin Tidur Peribadi Akan Memulakan Operasi Di Manchester

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×