Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Robot Pengawal Keselamatan Diarahkan Menghentikan Operasi Menghalau Gelandangan Di San Francisco

Di dalam fiskyen sains, Robot menghapuskan manusia apabila menyedari ia langkah terbaik untuk menyelamatkan bumi. Kejadian ini masih belum berlaku di media sosial tetapi robot telahpun digunakan di San Francisco untuk menghalau gelandangan. Robot Pengawal Keselamatan keluaran Knightscope digunakan oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman untuk Haiwan (SPCA) San Francisco untuk mengawal kawasan pejabat mereka. Tindakan mereka ini telah menerima kecaman orang ramai.

Arahan kini telah diberikan supaya SPCA menghentikan penggunaan robot pengawal keselamatan ini. Pihak SPCA berkata mereka menggunakan perkhidmatan robot ini kerana gelandangan membina kem di atas laluan jalan, membuang picagari sesuka hati dan didakwa mencuri dari kawasan letak kereta berhampiran.

Ketiga-tiga masalah di atas berjaya dikurangkan selepas robot digunakan. Menarik sekali di dalam kes ini ialah robot digunakan dan bukannya manusia kerana kos yang lebih rendah. Knightscope mengenakan bayaran $6 sejam untuk melakukan rondaan berbanding gaji minima $14 sejam untuk pekerja manusia di San Francisco.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Robot Pengawal Keselamatan Diarahkan Menghentikan Operasi Menghalau Gelandangan Di San Francisco

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×