Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Maybank Memulakan Ujian Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay – Pelancaran Umum Pada Januari

Maybank hari ini telah memulakan ujian untuk perkhidmatan pembayaran nirtunai mereka dinamakan Maybank QRPay. Melaluinya, Maybank menggunakan sokongan pembayaran melalui imbasan kod QR.

Maybank QRPay diintegrasikan terus pada aplikasi Maybank di Android dan iOS – sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran. Segala pembayaran ditolak terus daripada akaun Maybank, tanpa perlu membuat tambah-nilai seperti sejumlah perkhidmatan nirtunai yang lain.

Menggunakan Maybank QRPay, pengguna boleh mengimbas kod QR pada gerai atau kedai menggunakan aplikasi Maybank, dan seterusnya memasukkan nilai yang perlu dibayar ke kedai. Maybank juga dijangka memperkenalkan sokongan QR dinamik yang membolehkan pengguna mengimbas dan nilai dimasukkan secara automatik.

Buat masa ini, Maybank Memulakan Ujian melibatkan 33 gerai di Laman Menara Maybank. Pengguna umum boleh berkunjung dan mencubanya sendiri di Menara Maybank bermula hari ini sehingga awal Januari 2018 kelak.

Maybank dijangka melancarkan perkhidmatan ini secara terbuka dengan lebih meluas pada Januari 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Maybank Memulakan Ujian Pembayaran Nirtunai Maybank QRPay – Pelancaran Umum Pada Januari

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×