Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rekaan Nokia 6 (2018) Tertiris Dengan Skrin Nirbingkai

Nokia 6 telah dilancarkan di Malaysia pada Mei yang lalu. Peranti Kelas Pertengahan ini mempunyai kerangka logam yang kukuh. Jika ada satu kekurangan ialah ia masih lagi menggunakan skrin 16:9. Tahun ini semakin banyak peranti kelas pertengahan mula menggunakan skrin nirbingkai. Rekan Nokia 6 (2018) telah tertiris dan nampaknya akan mengikuti trend semasa ini.

Seperti biasa sumber ketirisan ialah laman TENAA China. Seperti yang boleh dilihat di atas, skrin Nokia 6 (2018) adalah nirbingkai 18:9. Ini sama seperti yang ditemui pada rekaan Nokia 9 yang juga tertiris beberapa minggu yang lalu. Pada bahagian belakang ia masih mengekalkan penggunaan satu kamera sahaja dan pengimbas cap jari berbentuk bulat di bawah flash. Tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan tetapi pastinya bila-bila masa sahaja dari sekarang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Rekaan Nokia 6 (2018) Tertiris Dengan Skrin Nirbingkai

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×