Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mingguan Amanz – Acer Predator Triton 700, iPhone X Malaysia, Kerentanan Intel

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan untuk Pasaran Tempatan terutamanya daripada Acer yang menawarkan komputer riba permainan terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Acer Predator Triton 700 dan juga Orion 900.

Disamping itu, Apple kini Telah mula menawarkan iPhone X untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM5149, dan Vivo pula telah melancarkan Vivo V7 untuk pasaran tempatan.

Samsung tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan dua peranti boleh-pakai mereka untuk pengguna tempatan, iaitu Gear Sport dan juga Gear IconX 2018.

Sejumlah aplikasi turut menerima kemaskini pada minggu ini, termasuk YouTube dengan sokongan paparan 18:9, dan Maybank yang telah menambah sokongan pengimbas wajah dan pengecaman suara untuk sekuriti tambahan.

Dan akhir sekali, bagi pengguna komputer dengan cip Intel, kerentanan terbaru telah diumumkan – memerlukan pengguna mengemaskini firmware untuk mengatasinya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mingguan Amanz – Acer Predator Triton 700, iPhone X Malaysia, Kerentanan Intel

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×