Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laptop ASUS ROG STRIX GL702ZC Kini Rasmi – Laptop Pertama Dengan CPU AMD Ryzen 7

Di acara Computex Taipei pada pertengahan tahun ini, ASUS ada memperlihatkan sebuah Laptop prototaip yang hadir dengan Cpu Amd Ryzen dan juga kad grafik AMD RX580 yang dinamakan ASUS ROG STRIX GL702ZC. Laptop tersebut kini sudahpun menjadi sebuah produk rasmi keluaran ASUS ROG.

Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan CPU AMD Ryzen 7 1700, RAM DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD sehingga 256GB dan storan cakera keras sebesar 1TB. Dari segi grafik pula, ia didatangkan dengan kad grafik AMD RX 580 dengan memori GDDR5 sebanyak 4GB.

Paparan laptop ROG STRIX GL702ZC ini pula bersaiz 17.3 inci dengan resolusi Full HD 1920×1080, dan hadir dengan sokongan untuk teknologi paparan AMD Freesync yang mengurangkan masalah screen-tearing. Laptop ini juga dilengkapi dengan I/O seperti USB 3.0, USB 3.1 Type-C, port LAN, HDMI dan juga Mini DisplayPort.

Di pasaran Amerika Syarikat, laptop ini dikatakan sudahpun mula dijual untuk harga $1499.99 (RM6216). ASUS Malaysia juga ada menyatakan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan di masa yang terdekat, tetapi tiada butiran khusus seperti tarikh mahupun tanda harga buat yang diberikan buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Laptop ASUS ROG STRIX GL702ZC Kini Rasmi – Laptop Pertama Dengan CPU AMD Ryzen 7

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×