Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Razer Mengemaskini Papan Kekunci BlackWidow Ultimate Dengan Ciri Kalis Air Dan Debu

Peranti-peranti tetikus dan Papan Kekunci Razer boleh dikatakan salah satu jenama aksesori komputer yang termahal di pasaran sekarang. Golongan gamer pula boleh dikatakan seringkali mereka yang selalu makan dan minum di meja komputer, dan kadang-kala “kemalangan” boleh berlaku melibatkan makanan dan minuman.

Terkini, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini produk papan kekunci Razer BlackWidow Ultimate mereka dengan ciri kalis air dan debu IP54.

Dalam pada itu, ciri-ciri lain seperti penggunaan lampu LED dibelakang setiap kekunci, suis mekanikal khusus dari Razer, dan juga daya ketahanan 80 juta ketukan kekunci masih lagi hadir pada papan kekunci ini.

Bagi mereka yang berminat, Papan Kekunci Razer BlackWidow Ultimate terbaru ini sudahpun hadir di kedai atas-talian Razerzone, manakala untuk pasaran dunia pula, papan kekunci tersebut akan hadir di kedai-kedai pada suku ke-4 2017 untuk harga $109.99 (RM460).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Razer Mengemaskini Papan Kekunci BlackWidow Ultimate Dengan Ciri Kalis Air Dan Debu

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×