Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Netflix Mula Menawarkan Pilihan Sarikata Berbahasa Malaysia Untuk Beberapa Filem

Netflix sebelum ini telah mula menambah beberapa filem tempatan kedalam platform mereka, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menonton Filem Berbahasa Malaysia dengan mudah. Terkini, selain daripada filem berbahasa Malaysia, pihak Netflix juga dilihat telah mula menawarkan pilihan sarikata berbahasa Malaysia untuk beberapa filem.

Buat masa ini, daripada pengamatan kami, filem yang disokong dengan sarikata bahasa Malaysia adalah masih terhad dan tidak begitu banyak. Anda boleh menyemak pilihan sarikata untuk sesuatu filem dengan menekan butang kedua paling kanan, dan memilih bahasa Malaysia – sekiranya ditawarkan.

Terjemahan sarikata yang dipaparkan juga dilihat agak baik dan selari dengan apa yang diperkatakan pada filem.

Mungkin kita akan dapat melihat sokongan sarikata untuk lebih banyak rancangan dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Netflix Mula Menawarkan Pilihan Sarikata Berbahasa Malaysia Untuk Beberapa Filem

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×