Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Xperia XZ Premium Ditawarkan Dalam Warna Merah Dan Menerima Kemaskini Oreo Disember Ini

Sony Xperia XZ Premium kini ditawarkan dalam warna merah di Jepun. Warna yang diberikan nama Rosso ini hanya ditawarkan di negara matahari terbit sahaja pada waktu ini. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan.

Sony juga mengesahkan kemaskini ke Android Oreo akan diterima oleh Xperia XZ Premium pada bulan Disember. Ini meletakkannya setanding dengan Xperia XZ1 dan XZ1 Compact yang dilancarkan dengan Oreo sejak hari pertama.

Sony Xperia XZ Premium dilengkapi skrin 5.5″ 4K HDR, pemproses Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan storan 64GB UFS. Kamera utama adalah sebesar 19-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan pula 13-Megapixel f/2.0. Kamera utama peranti ini dilengkapi teknologi Motion Eye yang membolehkannya merakam pada tetapan 960 FPS. Sebuah bateri sebesar 3230 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Di Malaysia ia dijual pada harga RM 3699.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Xperia XZ Premium Ditawarkan Dalam Warna Merah Dan Menerima Kemaskini Oreo Disember Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×