Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

I’m Back – Alat Yang Mengubah Kamera Filem Analog Menjadi Kamera Digital

Teknologi Kamera digital berubah dengan pantas dan kini kamera filem analog semakin pupus di pasaran. Kesukaran mencari filem membuatkan kamera analog sekadar menjadi perhiasan. Bagi pemilik kamera ini, I‘m Back telah dihasilkan. Ia alat yang boleh mengubah kamera analog klasik menjadi sebuah kamera digital yang turut boleh merakam video.

 I’m back hanya perlu disambungkan kepada kamera lama dengan terlebih dahulu menanggalkan pintu filem di bahagian belakang. Sebuah sensor 16-Megapixel digunakan pada I’m Back. Ia kini boleh gambar pada resolusi maksimum 20MP dan video pada resolusi 2880×2160 pixel. Terdapat sebuah skrin LCD terbina yang membolehkan pengguna melihat gambar yang diambil.

Setakat ini I’m Back boleh digunakan pada kamera Nikon F series, Minolta Maxxum 7000, Olympus om10, Pentax dan Praktica B200. Pereka penyesuai ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan ia boleh dimiliki pada harga bermula dari € 175 (~RM 868).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

I’m Back – Alat Yang Mengubah Kamera Filem Analog Menjadi Kamera Digital

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×