Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pertarungan Robot Gergasi Amerika vs Jepun Dimenangi Oleh MegaBots

Pertarungan robot gergasi Amerika vs Jepun yang diwakili pihak Megabots Dan Suidobashi Heavy Industries yang disiarkan semalam akhirnya mendapat pemenangnya, dan ia adalah robot Eagle Prime dari syarikat MegaBots.

Bagi mereka yang mengharapkan perlawanan tersebut disiarkan secara langsung, sayang sekali, nampaknya hasrat tersebut masih belum tercapai lagi. Pertarungan diantara kedua-dua syarikat ini  sebenarnya sudahpun dirakam beberapa bulan yang lepas di sebuah lokasi rahsia, dan diedit supaya ia tidak memakan masa yang terlalu lama.

Ini disebabkan selepas setiap pusingan pertarungan tersebut, Pihak Megabots Dan Suidobashi dikatakan akan mengambil masa yang agak lama untuk membetulkan robot-robot mereka.

Apa-apa pun, kami berharap bahawa pertarungan diantara Eagle Prime dan Kuratas ini akan membuka jalan kepada lebih banyak lagi pertarungan robot gergasi di masa akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pertarungan Robot Gergasi Amerika vs Jepun Dimenangi Oleh MegaBots

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×