Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laporan Mesra Alam Sekitar Greenpeace – Fairphone Dan Apple Dianugerahkan Gred Terbaik Manakala Xiaomi Antara Yang Terburuk

Peranti pintar yang digunakan kita setiap hari dihasilkan menggunakan logam dan plastik. Unsur nadir bumi yang toksik pula digunakan dalam penghasilan skrin dan bateri. Oleh itu setiap peranti berpotensi menjadi Sumber pencemaran semasa dihasilkan dan selepas tamat tempoh pengguna. Greenpeace telah mengeluarkan laporan Greener Electronics 17 syarikat elektronik untuk tahun 2017.

Di dalam laporan ini Fairphone Dan Apple menduduki dua tempat teratas. Fairphone diberikan gred B manakala Apple diberikan gred B-. Amazon, Oppo, Vivo dan Xiaomi pula menduduki tempat tercorot dengan gred F. Gred diberikan berdasarkan penggunaan tenaga, sumber mentah dan bahan kimia bagi menghasilkan peranti.

Samsung yang merupakan syarikat pengeluar peranti terbesar di dunia menerima gred D-. Antara kritikan yang diberikan ialah hanya 1% sumber tenaga Samsung dihasilkan dari sumber mesra alam. Amazon dikritik hebat kerana tidak telus dalaman menyatakan sumber bahan mentah yang digunakan.

Kita kini hidup di dalam dunia yang teruk tercemar. Syarikat elektronik harus lebih peduli tentang impak mereka terhadap alam sekitar. Apple dilihat amat komited untuk mengurangkan impak dengan 100% kotak iPhone X boleh dikitar semula.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Laporan Mesra Alam Sekitar Greenpeace – Fairphone Dan Apple Dianugerahkan Gred Terbaik Manakala Xiaomi Antara Yang Terburuk

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×