Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bekas Pembekal GPU Apple, Imagination Technologies, Kini Diambil-Alih Firma China

Imagination Technologies, pengeluar dan pembangun cip komponen grafik yang digunakan oleh Apple, dan popular dibawah nama PowerVR, kini telah bersetuju untuk menjual syarikat mereka kepada salah satu firma China, Canyon Bridge.

Imagination Technologies menghadapi masalah beberapa bulan yang lepas, selepas Apple mengatakan mereka tidak lagi memerlukan perkhidmatan Imagination, sekaligus membuatkan Apple merekabentuk cip grafik mereka tersendiri. Perkara tersebut menjatuhkan harga saham Imagination, selain pada masa yang sama memberikan kesan terhadap kos operasi syarikat berkenaan.

Selain daripada Apple, terdapat beberapa syarikat lain yang menggunakan sokongan rekaan grafik PowerVR, termasuk salah satu yang popular adalah MediaTek.

Ia dilaporkan Canyon Bridge mengambil-alih Imagination Technologies ini pada harga mencapai £550 juta.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Bekas Pembekal GPU Apple, Imagination Technologies, Kini Diambil-Alih Firma China

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×