Apple mungkin telah mengumumkan kehadiran iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X, tetapi pihak Google nampaknya tidak begitu risau mengenainya kerana mereka baru sahaja meletakkan papan iklan untuk acara pengumuman telefon pintar Google Pixel 2 pada 4 haribulan Oktober Kelak.
Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai acara tersebut, kecuali tarikhnya. Iklan tersebut juga dilihat di bandar Boston, tetapi butiran mengenai lokasi acara tersebut dan sebagainya masih belum lagi diketahui.
Banyak maklumat sudahpun tertiris mengenai peranti Pixel 2 ini, tetapi nampaknya kita akan mengetahui cerita penuh mengenai peranti ini pada 4 Oktober kelak.