Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tetikus Logitech MX Ergo Dilancarkan – Trackball Pertama Dalam Masa Hampir Sedekad

Semasa di kolej hampir dua dekad yang lalu kami mempelajari perisian AutoCAD. Makmal AutoCAD di kolej dilengkapi tetikus trackball yang pada waktu tersebut tidak pernah kami lihat dan gunakan. Menurut pensyarah ia tetikus terbaik untuk AutoCAD kerana tidak perlu menggerakkan tangan dengan banyak apabila menghasilkan lukisan kejuruteraan yang bersaiz besar. Hanya jari perlu bergerak memutarkan bebola dan tetikus statik di atas permukaan meja kerja.

Tetikus trackball agak sukar ditemui kerana tetikus di pasaran sekarang mempunyai tetapan DPI yang tinggi dan ini mengurangkan pergerakan tangan. Tetapi sekiranya anda masih ingin menggunakannya, Logitech MX Ergo baru sahaja dilancarkan. Tetikus trackball pertama dalam masa hampir sedekad oleh Logitech ini mempunyai rekaan yang ergonomik yang mampu mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan sehingga 20%. Pelaras tapak boleh mengubah sudut MX Ergo sehingga 20 darjah.

Ia juga berfungsi tanpa wayar dengan bateri yang boleh dicas semula berfungsi selama empat bulan. Logitech MX Ergo dijual pada harga $99 (~RM 417) sebuah dan boleh digunakan bersama kekunci Logitech CRAFT yang dilancarkan minggu lalu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Tetikus Logitech MX Ergo Dilancarkan – Trackball Pertama Dalam Masa Hampir Sedekad

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×