Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED

Sejak dua bulan yang lalu kedengaran laporan Harga Jualan Apple iPhone 8 akan melangkaui $1000 sebuah. Ini adalah Lebih Mahal Berbanding Samsung Galaxy Note 8 yang mencecah $900 sebuah. Terdapat banyak artikel yang mula membincangkan harga jualan yang mahal ini mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap jumlah jualan kedua-dua peranti.

Firma penganalisa KGI hari ini dipetik mengatakan, harga jualan iPhone 8 adalah mahal kerana Samsung mengawal pasaran OLED dunia. Apple dilaporkan sebelum ini menggunakan panel OLED keluaran Samsung untuk iPhone 8. Beliau menganggarkan kos sekeping panel OLED untuk iPhone 8 ialah sekitar $120-$130 (~RM 506-548) . Ini adalah jauh lebih mahal berbanding $45-$55 (~RM 190-232) untuk sekeping panel LCD.

Apple iPhone 8 dan 7S akan dilancarkan pada 12 September ini di Steve Jobs Theatre yang terletak di kampus baru Apple. Adakah anda masih akan membeli iPhone 8 walaupun ia dijual pada harga hampir RM 5000?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×