Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cakera Keras 2TB Daripada Seagate Untuk PlayStation 4 Kini Di Malaysia – Berharga RM449

Pada Jun 2017 lepas, Seagate telah memperkenalkan sebuah Cakera Keras tambahan khusus untuk para pengguna konsol PlayStation 4, dinamakan Game Drive. Kini, selepas beberapa bulan, cakera keras berkenaan kini turut telah ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Secara kasar, ini hanyalah variasi Cakera Keras Luaran, tetapi membawakan sedikit elemen rekaan dalam menyelarikan ia bersama konsol PlayStation 4 anda. Anda masih boleh mendapatkan beberapa cakera keras luaran alternatif pada harga rendah, teatpi Seagate Game Drive ini hadir dengan fokus terhadap para pengguna PlayStation 4.

Pengguna yang menggunakan PlayStaion 4 boleh menggunakan cakera keras luaran sejak penawaran kemaskini perisian baru pada awal tahun ini. Melaluinya, anda boleh menghubungkan sebarang cakera keras luaran mahupun pemacu USB, dan menggunakan ia untuk storan tambahan. Secara kasar, Seagate mengatakan melalui storan 2TB ini, ia mampu menyimpan sekitar 50 permaina didalamnya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Seagate Game Drive untuk PlayStation 4 ini pada harga RM449.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Cakera Keras 2TB Daripada Seagate Untuk PlayStation 4 Kini Di Malaysia – Berharga RM449

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×