Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ORII – Cincin Pintar Yang Mengubah Jari Menjadi Gagang Telefon

Jam tangan pintar seperti Samsung Gear S3 membenarkan pemakai menggunakannya sebagai gagang telefon. Ia antara fungsi yang paling kerap kami gunakan dan amat berguna ketika sedang memandu. Tetapi perbualan boleh didengari orang lain kerana pembesar suara Gear S3 yang agak kuat. Mungkin jawapan kepada masalah ini ialah cincin pintar ORII.

Cincin ini menggunakan teknologi konduktor tulang yang membolehkan jari Menjadi Gagang Telefon. Getaran dari ORII dipindahkan ke tulang yang kemudian bergerak ke tulang telinga. Pemakai boleh melakukan panggilan telefon tapi didengari pihak lain. Ia direka oleh firma Origami Labs yang berpangkalan di Hong Kong.

Ia boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS. Terdapat lampu notifikasi pelbagai warna serta sokongan untuk pembantu maya seperti Siri. ORII turut mempunyai ketahanan kalis air IPX7. Bateri yang digunakan pula memberikan tempoh berbual sehingga 1 jam. Cincin pintar ORII sedang mengumpul dana melalui Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $119 (~RM 514).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ORII – Cincin Pintar Yang Mengubah Jari Menjadi Gagang Telefon

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×