Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Disaman Kerana Error 53 Berlaku Selepas Menukar Butang Home Touch ID

Minggu lalu kami melaporkan ratusan pengguna Peranti Apple merungut peranti mereka gagal berfungsi selepas melakukan kemas kini terkini iOS 9. Apabila peranti dihidupkan ia akan memaparkan kod Error 53 pada skrin dan ia tidak boleh lagi digunakan. Error 53 wujud sekiranya sistem operasi mengesan butang home Touch ID peranti telah digantikan dengan yang baru oleh individu yang tidak bertauliah. Dengan kata lain ianya sistem keselamatan yang memastikan setiap komponen peranti adalah yang sah dari pihak Apple dan bukannya dari pembekal tidak sah.

Menurut Apple ini ialah langkah keselamatan yang dapat mengelakkan komponen peranti digunakan semula tanpa kebenaran. Ini juga memastikan peranti pengguna tidak akan mudah dicuri. Sungguhpun begitu Apple kini disaman oleh firman guaman Pfau Cochran Vertetis Amala yang berpangkalan di Seattle. Menurut mereka Apple layak disaman kerana tidak pernah memberikan amaran kepada pengguna supaya tidak menggantikan butang home Touch ID dari pihak ketiga. Tambahan lagi sistem keselamatan yang menyahaktifkan peranti ini hanya berlaku selepas peranti menerima kemas kini iOS terkini. Apple sekali lagi gagal memberitahu pengguna bahawa kemas kini ini boleh menyebabkan peranti gagal berfungsi serta merta. Keengganan mereka melakukan baik pulih secara percuma juga menyebabkan Apple diheret ke mahkamah. Pfau Cochran Vertetis Amala menuntut Apple membaiki kesemua peranti yang terjejas secara percuma dan meminta bayaran ganti rugi sebanyak $5 Juta kerana kesukaran yang dialami. Pihak Pfau Cochran Vertetis Amala  kini meminta semua pengguna peranti yang terjejas dengan masalah ini supaya menghubungi mereka bagi membantu kes.

Ini sebuah kes yang menarik. Sekiranya ia berlaku pada kami pastinya kami akan turut mengamuk. Tetapi pada waktu yang sama pengguna bersalah kerana menggunakan alat ganti dari pihak yang tidak bertauliah. Ini secara automatik membatalkan jaminan kerosakan yang dijanjikan Apple. Siapakah yang salah? Pengguna ataupun Apple yang gagal memberikan amaran Error 53 akan berlaku selepas kemas kini sistem operasi?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Disaman Kerana Error 53 Berlaku Selepas Menukar Butang Home Touch ID

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×