Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Robot Keluaran LG Akan Membantu Penumpang Dan Membersihkan Lapangan Terbang Incheon

Robot akan mengambil alih tugas remeh yang dilakukan oleh manusia. Kita tidak mampu menentang tsunami Robot yang akan mampu melakukan tugas manusia dengan lebih pantas. Di Incheon International Airport, robot keluaran LG akan digunakan untuk membatu penumpang dan membersihkan terminal.

Airport Guide Robot yang kelihatan seperti Dalek siri Dr Who memberikan maklumat tentang penerbangan, pintu berlepas dan lokasi menarik di dalam terminal. Apabila pas penumpang diiimbas, ia boleh mengiring penumpang ke pintu berlepas sekiranya mereka tersesat. Airport Guide Robot mampu bercakap dalam bahasa Korea, Inggeris, Jepun dan  Cina. Sebuah skrin LED gergasi pada bahagian tubuh akan memaparkan kesemua maklumat yang diperlukan.

Airport Cleaning Robot pula menggunakan teknologi LG HOM-BOT untuk membersihkan lantai terminal. Ia mampu mengesan kawasan yang paling kerap kotor dan melakukan cucian dengan lebih kerap. Sekumpulan Airport Cleaning Robot akan berkongsi maklumat diantara satu sama lain bagi menjalankan proses pembersihan dengan lebih berkesan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Robot Keluaran LG Akan Membantu Penumpang Dan Membersihkan Lapangan Terbang Incheon

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×