Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Hadir Dengan Kemaskini Yang Memperbaiki Masalah “911” OnePlus 5

Sebilangan pengguna peranti Oneplus yang terbaru, OnePlus 5 melaporkan bahawa telefon pintar tersebut akan mengalami masalah reboot apabila memanggil talian kecemasan 911. Terdapat beberapa insiden yang telahpun dilaporkan dimana pengguna-pengguna ini akan memanggil talian tersebut, dan peranti tersebut akan dimulakan semula.

OnePlus sedar akan gangguan ini, dan Telahpun Mengeluarkan Kemaskini baru untuk Oxygen OS 4.5.6 yang menyelesaikan masalah ini. Menariknya, walaupun gangguan ini terhad kepada peranti-peranti di Amerika Syarikat, syarikat tersebut telahpun mengeluarkan kemaskini tersebut untuk semua peranti-peranti OnePlus 5 di seluruh dunia.

Ini adalah kerana peranti OnePlus 5 yang sedang kami ulas juga hadir dengan kemaskini tersebut. Menariknya, hotfix ini hanya hadir untuk menyelesaikan satu masalah itu sahaja.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Hadir Dengan Kemaskini Yang Memperbaiki Masalah “911” OnePlus 5

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×