Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MySpace Kini Dimiliki Oleh TIME Inc

MySpace merupakan salah satu Laman Sosial yang popular pada era awal internet, sebelum Facebook diperkenalkan. Namun, popularitinya merudum sejak daripada pengenalan Facebook, dan sebelum ini, pada tahun 2011, Specific Media telah mengambil-alih Myspace pada nilai $35 juta.

Hari ini, TIME Inc yang mana merupakan Syarikat Disebalik penerbit seperti TIME, Fortune dan sebagainya mengumumkan pengambil-alihan Viant Technology – syarikat disebalik Specific Media.

Dengan pengambil-alihan ini, secara langsung, MySpace Kini Dimiliki Oleh TIME Inc. Pengambil-alihan pihak TIME Inc untuk Viant adalah lebih kepada teknologi data dan pemasaran yang dimiliki oleh mereka.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui apakah yang akan dilakukan oleh TIME Inc dengan laman sosial MySpace yang telah menerima nafas baru beberapa tahun yang lepas.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MySpace Kini Dimiliki Oleh TIME Inc

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×