Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Sedang Membangunkan Set Realiti-Maya Yang Hadir Dengan Skrin Terbina

Google pada tahun ini dilihat akan lebihkan fokus mereka dalam arena realiti-maya berbanding tahun sebelumnya. Ia sedia dikatakan Google kini telah mempunyai bahagian khusus untuk Google VR, dan beberapa laporan lanjut sejaknya telah hadir, turut mengatakan teknologi realiti-maya akan diintegrasikan pada versi Android akan datang.

Terkini, menurut laporan baru, Google dikatakan Sedang Membangunkan Set kepala realiti-maya yang boleh beroperasi tanpa memerlukan skrin telefon pintar. Ini bermakna, set realiti-maya yang sedang dibangunkan oleh Google mampu beroperasi sendiri tanpa memerlukan peranti tambahan lain.

Perkara ini agak berbeza dengan penggunaan Google Cardboard, yang bergantung kepada skrin peranti mudah-alih dan sensor padanya.

Walaubagaimanapun, ia dijangka mungkin tidak berkuasa seumpama PlayStation VR atau Oculus Rift.

Disamping set ini, pihak Google juga turut Sedang Membangunkan satu lagi variasi peranti realiti-maya mereka, yang mana akan menyerupai Gear VR dan lebih kepada penambah-baikkan Google Cardboard sedia ada.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Sedang Membangunkan Set Realiti-Maya Yang Hadir Dengan Skrin Terbina

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×