Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Alibaba Memperkenalkan Pesaing Amazon Echo – Tmall Genie X1

Alibaba yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan e-dagang di China, hari ini telah memperkenalkan jawapan mereka kepada Amazon Echo, melalui apa yang dinamakan sebagai Tmall Genie X1.

Penawaran Daripada Alibaba Ini menawarkan keupayaan untuk membuat kawalan penstriman muzik, membuat temujanji kalendar, serta menawarkan sejumlah kemudahan untuk pengguna lakukan melalui arahan suara. Pembantu digital maya daripada Alibaba ini dinamakan sebagai AliGenie – dan dijangka bakal mempermudahkan urusan pembelian melalui platform e-dagang Alibaba.

Alibaba akan menawarkan ia untuk dijual bermula 8 Ogos 2017 kelak, khusus di China pada harga 499 Yuan (~RM315).

Dengan pengenalan produk baru ini, Alibaba secara langsung akan turut bersaing dengan Amazon Echo, Google Home, dan juga Apple Homepod. Samsung turut diperkatakan sedang membangunkan produk yang lebih kurang sama untuk diperkenalkan tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Alibaba Memperkenalkan Pesaing Amazon Echo – Tmall Genie X1

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×