Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sokongan Permainan Xbox Asal Dan Game Pass Mungkin Akan Hadir Pada PC

Antara perkara menarik yang dimaklumkan oleh Microsoft di E3 yang baru sahaja berakhir semalam ialah sokongan backwards compatability permainan Xbox asal pada Xbox One. Kesemua cakera optik permainan yang dimiliki pengguna akan boleh dimainkan pada konsol terkini Microsoft.  dengan penambahbaikan kualiti grafik.

Phil Spencer yang merupakan ketua bahagian Xbox di Microsoft mempunyai perancangan lebih besar di masa hadapan. Di dalam temuramah bersama PC Gamer, beliau mendedahkan beliau mahu melihat sokongan permainan Xbox generasi pertama pada PC Windows. Ini bakal dilakukan menggunakan pelagak Xbox rasmi pada sistem operasi Windows. Beliau berkata ini mampu dilakukan kerana Xbox asal menggunakan cip X86. Sokongan untuk permainan X360 pula mungkin lebih sukar kerana ia menggunakan cip PowerPC.

Pada waktu yang sama beliau turut mahu melihat sokongan Xbox Game Pass pada PC. Game Pass ialah seakan Netflix untuk permainan Xbox dan Xbox 360 dimana pengguna membayar yuran langganan secara bulanan. Di masa hadapan dengan penggunaan Universal Windows Platform, tidak wujud lagi jurang perbezaan di antara pengguna konsol Xbox dan PC.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sokongan Permainan Xbox Asal Dan Game Pass Mungkin Akan Hadir Pada PC

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×