Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018

God Of War diperlihatkan secara mengejut Tahun Lalu dan meneruskan pengembaraan Kratos si Dewa Perang. Sony hari ini memperlihatkan trailer baru yang memberikan lebih banyak maklumat mengenai permainan aksi ini. Dari apa yang dipertontonkan, Kratos akan sentiasa bersama anak beliau dengan si anak menjadi watak sokongan yang boleh membantu ketika di dalam pertarungan.

Pada trailer tahun lalu, World Serpent Jörmungandr dari mitologi Norse dilihat dari jauh. Kali ini ia muncul dengan jelas dan membantu Kratos. Di dalam mitologi Norse, Jörmungandr dibunuh oleh Thor sebelum dewa ini sendiri meninggal dunia kerana racun dari naga ini.

Adakah ini memberikan petunjuk kapak yang digunakan Kratos adalah Mjölnir milik Thor? Permainan ini akan dilancarkan awal 2018 dan segala persoalan akan terjawab kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

God Of War Akan Dilancarkan Awal 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×