Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Celcom Mengalami Gangguan Panggilan Suara – Webe, TuneTalk Dan Redone Turut Terkesan

Khidmat Panggilan Suara Celcom mengalami gangguan pada jam 7 pagi tadi. Ini disahkan sendiri oleh akaun Xpax sebentar tadi. Turut mengalami gangguan adalah beberapa rakan kerjasama Celcom yang menumpang talian mereka, seperti WeBe, TuneTalk dan RedOne yang menumpang perkhidmatan mereka. Sungguhpun begitu tiada gangguan perkhidmatan data dilaporkan.

Gangguan ini dikatakan telah berjaya dipulihkan di Semenanjung Malaysia pada jam 9.30 pagi tadi. Perkhidmatan di Sabah dan Sarawak dijangka pulih dalam masa sejam lagi.

Namun kami masih melihat di media sosial pengguna Celcom dari semenanjung Malaysia yang merungut mereka masih gagal melakukan panggilan suara. Celcom melalui laman sosial mengatakan masalah ini hadir disebabkan oleh masalah ketika proses naik-taraf rangkaian oleh mereka.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Celcom Mengalami Gangguan Panggilan Suara – Webe, TuneTalk Dan Redone Turut Terkesan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×