Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Grab Akan Mempercepatkan Pengenalan Ciri “Butang Kecemasan” Untuk Pengguna

Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan baru kepada penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab untuk menyertakan butang kecemasan kepada pengguna. Lanjutan daripadanya, kini Grab mengatakan mereka mempercepatkan proses pengenalan tersebut kepada pengguna dalam masa terdekat.

Pengumuman ini hadir daripada pihak Grab selepas sebuah insiden kes rogol penumpang pada penghujung minggu lepas.

Sebelum ini, sebuah kes rogol turut berlaku melibatkan penumpang Uber, tetapi di New Delhi, India pada 2014 yang lepas. Lanjutan daripadanya, Uber diharamkan untuk sementara – dan beberapa ciri-ciri memfokuskan keselematan pengguna telah ditambah pada Uber di India.

Grab melalui perkongsian di Facebook mengatakan mereka sedia menyertakan butang kecemasan untuk pemandu pada hari ini yang menghubungkan terus ke pihak Polis. Ciri sama dijangka diperkenalkan kepada pengguna, dan Grab kini mempercepatkan proses pengenalan tersebut. Disamping itu, Grab turut mengatakan mereka sedia mengambil beberapa langkah keselamatan, termasuk menyemak latar belakang pemandu sebelum mengambil mereka menjadi pemandu dibawah perkhidmatan Grab.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Grab Akan Mempercepatkan Pengenalan Ciri “Butang Kecemasan” Untuk Pengguna

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×