Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AORUS X5 MD – Sebuah Lagi Gaming Laptop Nipis Dengan Teknologi Grafik Max-Q

Nampaknya syarikat-syarikat pembuat Laptop tidak membazir sebarang masa langsung mereka-cipta laptop-laptop yang bersaiz nipis dan berkuasa tinggi, berkat usaha-sama dengan NVIDIA melalui teknologi grafik Max-Q.

Syarikat terkini yang baru mengumumkan kehadiran laptop yang menggunakan teknologi grafik NVIDIA Max-Q ini ialah AORUS melalui laptop AORUS X5 MD. Sama seperti Acer Predator Triton 700 dan juga ASUS ROG Zephyrus, laptop AORUS X5 ini hadir dengan rekaan yang serba nipis, dan mempunyai spesifikasi dalaman yang agak tinggi.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7820HK, memori DDR4 yang boleh dimuatkan sehingga 64GB dan juga storan M.2 PCIe sebanyak 512GB. Sama seperti dua laptop yang kami sebutkan di perenggan awal, laptop ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang hadir menggunakan teknologi Max-Q.

AORUS X5 MD Ini Juga Hadir dengan paparan bersaiz 15 inci X-Rite yang mempunyai resolusi 4K, sokongan teknologi paparan NVIDIA G-SYNC dan juga pengesahan dari Pantone, yang menunjukkan ia mampu menunjukkan warna-warna yang tepat.

Jika sokongan RGB merupakan sesuatu yang penting buat anda, laptop X5 MD ini juga hadir dengan papan kekunci dengan perisian AORUS Fusion yang membolehkan anda mengubahsuai warna LED setiap kekunci secara individu dengan 16 juta warna yang berbeza.

Dari segi sokongan I/O, laptop ini mempunyai empat port USB 3.0, dua port USB 3.1 Type-C, yang juga merupakan port Thunderbolt 3.0, sebuah port HDMI, sebuah port Mini DisplayPort dan juga port LAN Killer DoubleShot Pro, yang boleh mengoptimumkan rangkaian anda untuk permainan komputer atas-talian.

Buat masa ini, pihak AORUS masih belum lagi mengumumkan tarikh kehadiran dan harga laptop ini, tetapi menyatakan bahawa ada kemungkinan besar ia akan hadir di pasaran serata dunia selepas pertengahan tahun 2017.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

AORUS X5 MD – Sebuah Lagi Gaming Laptop Nipis Dengan Teknologi Grafik Max-Q

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×